Pusat Jagaan Warga Emas Bakti Murni
Tuesday, 4 February 2020
Pusat jagaan bakti murni warga emas dan OKU lelaki telah dibangunkan pada Jun 2019 di no.63-1 & 64-1 Jalan Manggis Kampung Datuk Sri Amar di Raja,Muar,Johor. Penghuni yang boleh diduki seramai 15 orang sahaja.Petugas lelaki yang ditugaskan adalah 2 orang lelaki dan seorang wanita.Menu dan aktiviti adalah sama dengan pusat jagaan wanita.
Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan OKU wanita telah berpindah di bangunan baru di Kampung Datuk Sri Amar di Raja no.30-1 & 31-1 Jalan Manggis pada tahun 2016 seramai 32 orang boleh ditempatkan di dalam bangunan tersebut. Kami mempunyai petugas seramai 12 orang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 8 orang perempuan dengan bergilir shift pada malam dan siang. Penghuni terdiri daripada 2 kategori iaitu menetap kekal dan menetap harian.Perkhidmatan yang diberi kepada peghuni seperti memandikan penghuni, memakai pakaian dan lampin, menyuapkan makanan kepada yang tidak terdaya majoriti keseluruhannya bersandar kepada petugas. Menu yang telah disediakan mengikut lima waktu pada setiap 2 jam. Aktiviti penghuni pada setiap hari pada sebelah pagi sahaja iaitu mengikuti era keagamaan seperti berzikir, membaca ayat-ayat Al-Quran dan berselawat. Pada hari Sabtu dan Ahad, penghuni akan menjalankan aktiviti bersenam dan terapi diri.Warga emas yang boleh bersolat amat digalakkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)